Sunday, 16 April 2017

Kajian Kes

Encik Matt Heafy merupakan Pengurus Besar sebuah syarikat multinasional yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Syarikat tersebut mempunyai cawangan di India.

Jelaskan halangan komunikasi yang mungkin timbul semasa proses komunikasi antara Encik Matt Heafy dengan Pengurus Cawangan syarikatnya.

Jawapan :

Halangan Komunikasi yang mungkin timbul semasa proses komunikasi antara Encik Matt Heafy selaku Pengurus Besar dengan Pengurus Cawangan syarikatnya ialah :
(i) Halangan psikologikal
- Pengurus Cawangan mungkin mempunyai tanggapan berbeza daripada Encik Matt Heafy terhadap sesuatu mesej yang disampaikan.
-Perbezaan tanggapan ini disebabkan latar belakang pendidikan, budaya atau pengalaman hidup individu tersebut yang berbeza.

(ii) Halangan semantik 
- Encik Matt Heafy dan Pengurus Cawangan mungkin menggunakan istilah yang mempunyai lebih daripada satu makna.
-Kemungkinan salah satu daripada mereka menggunakan perkataan lebih dari satu makna.

(iii) Halangan fizikal
- Kebisingan dalam persekitaran dapat menggangu pendemgaran penerima maklumat dan menjejaskan ketepatan tafsiran maklumat yang diterima.
- Bunyi yang kuat, suhu yang terlalu tinggi/ rendah (cuaca panas/sejuk) dan bau busuk akan menjejaskan keberkesanan maklumat.

(iv) Halangan sosiologikal
- perbezaan aspek demografi seperti umur, jantina , taraf pendidikan, taraf hidup dan latar belakang kehidupan dapat mempengaruhi keupayaan penerima untuk memahami an mentafsir kandungan mesej/maklumat dengan tepat.
-Halangan ini juga timbul kesan perbezaan budaya, adat resam, bahasa dan negara asal penghantar dan penerima mesej.


No comments:

Post a Comment